Friday, October 31, 2014

LIPS TINT

Selepas teruja dengan retiss2 korea yg comel n mulut merah2 gitew aku pun cubalah mencari menda ni... Hihi hasil google'ing price tenet diorg jual dlm RM7-RM10. Ada yang cakap boleh dapat kat Sg Wang je dalam RM4.00 tp xde la aku smp nak gigih p sana kan... So decide cari la dekat2 area tempat aku kerja ni.... Amekkk...dah rezki sbb tester je yg tinggai, tokey tu kc free je kat aku... Rezeki jgn di tolak beb!


Hasilnya.... Tadaaaa...

Comel kan... hahaha (mcm ade yg nak kne penampo ni dok up2 diri...kui..kui) serious beb... nampak merah natural je... ni aku letak sikit kat tgn... X tanggal beb!! :)






Friday, May 30, 2014

Oh My H&M

Hari ini dalam sejarah, terbukalah cawangan H&M yang baru di Mont Kiara yang sangat2 ketandusan shopping outlet. So, bila gaji nanti makin ramai lah yang hilang & taulah kat mana diorang kan... Kalau ada Jusco ke Parkson ke dalam ni, peh teramat lah bestnya. Aku yang turun untuk potong reben (antara yg terawallah kiranya) pergilah jugak meng 'usha' apa yang ada. Ha ni la hasilnya tak pasal2 terbeli 2 helai baju... Ni gara2 pancingan H&M dengan voucher 10% (pandai diorgkan) tau kepantangan orang malaysia ni dengan benda2 yang FOC ni kan...

Ha tu dia.. Gagah beratuq nak bayaq bak anggg.. hihi.. Tapi tak segagah yang beratur tunggu pintu buka, tak taulah dari pukul berapa depa dok tunggu sampai bersila mencangkung sambil pejam pown ada. katanya yang terawal (10 ke 100 tah) dapat voucher RM200, tu yang depa dok gigih menuggu tu.

Thursday, May 22, 2014

AKU DAN MESIN JAHIT

BROTHER LS2160
Harga : RM600.00 & 14 jenis jahitan
Ni la rupa mesin jahit lurus yang aku ada, murah je aku beli dulu rasanya RM600 ke RM700 tahun 2012 beli dengan K.Zura: butik jalinan kasih (Korang google or search on FB) sure jumpa. Walaupun keras tangan tapi aku rasa mesin jahit macam 1 keperluan juga even tak selalu guna tapi untuk takat jahit betas2 seluar anak2 bagi mommy yg bekerja macam aku ni mmg takde masa nak jahit tangan. So for me if you are working mother, it absolutely certain that you must have it. Don't worry about cost because on current market we have variety of choices that suit with your budget. 
(Tak payah mahal2 janji boleh jahit).


BROTHER 3034D
Harga : RM1299.00 & userfriendly
Ni mesin jahit tepi yang murah tapi berkualiti. Kalau nak menjahit 1 baju sure kene jahit tepi kan... So yang ni boleh pakai 4 benang, tapi kalau untuk jahit tepi biasa cukup 3 benang je pun (nak tebal & tahan sikit pakai 2 benang halus, 1 tebal sikit). Sebenarnye hajat di hati nak beli mesin ni, tapi rasa membazir lak kalau tercatuk jer lam bilik, mesin jait lurus tu pown setahun kurang dr 10x aku guna kot. So I am Decided not to decide yet.



Ada google jugak mesin jahit tepi murah jenama kawan. RM465 (giler murah). boleh pakai 3 benang. Peh teruja giler nak beli coz harga cam gitu kan. tapi google dan baca jugak kat forum. Ada yang kata tak OK dan Xde warranty, ada jugak yg kata ok tapi nak tukar benang payah sikit. tapi aku tertarik dengan feedback blog ni: http://wahmme.blogspot.com/2012/12/membeli-mesin-jahit.html
aku quote balik ayat die coz i concurred with her opinion: 
"For me mesin tu takde masalah, cuma mungkin kita tak fasih lagi dalam handling the machine esp those mesin murah tak de jenama ni, kena delicate skit cara handlingnya because tak nafi, most of them memang not user friendly."

Ayat senang ko nak senang/ tak pening kepala harga sure up skit.


Menjahit tepi kain tanpa mesin jahit tepi

As an alternative bagi sesiapa yang tiada mesin jahit tepi dan malas/ tak tahu nak hantar mana untuk jahit tepi ini alternative nya:-

1. Guna mesin jahit lurus tapi tukar tapak kelim macam pic atas ni.
2. Kalau tak confident dengan bulus2 tepi kain tu boleh lah potong & matikan benang 2 dengan api lilin dulu sebelum kelim.
3. Nak jahit tepi tudung pun boleh guna tapak kelim tepi ni.

Mesin yang aku beli tu xde rupanye mende alah ni, yang extra supplied cuma utk jahit zip/piping & jahit butang jer. So i decided to order :-

1- Tapak kelim Narrow Hemmer Foot (5mm)

2- Tapak Overlock Overlock Foot (Ver)



Details Camne nak guna Overlock Foot :-
https://www.youtube.com/watch?v=QyLHaWD03VY




Tuesday, May 20, 2014

CARA MUDAH BUAT PIPING GEL

INGREDIENTS 

1/3 cup sugar, 
1 tablespoon cornflour, 
1/4 cup freshly squeezed lemon juice, 
1/4 cup water. 
Desired Color

Cara
-Campur gula dan tepung jagung dalam 1 belas
-Tambah Jus yg sudah di perah dan air
-Kacau sehingga rata dan ringan
-Tambah pewarna yang diperlukan

P/s: Jangan tinggalkan bancuhan dan sentiasa kacau di atas api. Piping Gel ni tahan seminggu sekiranya di simpan dalam fridge.

Resepi ni amek kat cni: http://design-wedding-cakes-pictures.blogspot.com/2007/03/free-easy-recipe-for-home-made-piping.html
Simpan: manalah tau tiba2 terdesak nak tulis2 atas kek kan.

Sunday, May 18, 2014

ILMU MASUK HUTAN & PASANG KHEMAH

Panduan Hutan

1. Lumut Taik Kera:-
 Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat follow jer.. insyaallah tak langgar pokok

2. Ular tedung:-
 Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli. 

3. Kera / lutong dan spesis yg sama:-
 Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia boleh lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar. 

4. Harimau :-
 kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli. 

5. Beruang madu:- 
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli. 

6. Jarakkan Sungai dengan Khemah:-
 Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing. 

7. Kepala air:-
Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.. 

8. Nak masak air:-
Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar. (Kru TV3 Aidid Marcello pernah sakit perut sebab minum air mentah yg amek kat tepi sungai)

9. Binatang besar:-
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli. 

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll :-
 Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain. 

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang:-
Dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman. 

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. 
Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli. 



Langkah terbaik untuk Berkhemah

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah. 
2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2. 
3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit. 
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu. 
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.
7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari.. 
8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi... 



Copy Paste somewhere Tak Igt kat mana ( tapi rasa amat berguna sbg panduan)

REWARD AND EXAM

Ahad (18/05/2014)
Balik dari sukan
Mama & Abah: Wah, tasha dapat medal..
Tasha: Pandang tingkap kereta tetiba nangis.
Mama & Abah: Lah, kenapa pulak?
Tasha: Tasha dapat 1 jer.. Tasha nak dua macam orang tu.
Mama & Abah: Pulak..
Abah Pujuk: Tak pe lah nanti abah bagi tasha nak berapa 2 ke tiga?
Mama Pujuk: Ala... Lusa kan exam, kalu Tasha jawab betul2.. belajar pandai2 nanti pun dapat hadiah lagi.

P/S: Sukan budak2 semua on team, kalau team x kuat sume xde hadiah. pastu team yg menang belaka2 main aci kelat yg penting happy... hahaha lawak pown ade.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin (19/05/2014)
Tasha: hari ni Tasha cuti ke mama.
Mama: ha'ah cuti, kan semalam sukan tapi esok ada exam. 
      So, kene baca buku.
Tasha: Yea..Yea.. Esok ada exam.
Mama: (entah faham ke idak maksud exam tu.. hahaha)

#mama nak cepat biarla die gembira dgn maksud exam yg ada dalam otak budak yg berusia almost 5years cam die